Friday, July 29, 2011

~Bicara Hati Seorang Hawa~

“Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu… Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu… Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu… Jangan memberikan aku kenangan dan harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu… Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini…”

Wahai adam, lindungilah kaum hawa, jangan sekali kali menyakitinya, jangan kau katakan cinta bila kau belum mampu untuk mengkhitbahnya, janganlah kau bicarakan soal perasaan bila tidak benar2 adanya, jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya, janganlah memberi pengharapan tanpa kenyataan...Wahai kaum hawa jagalah dirimu, jagalah kehormatanmu.

~Semoga sahabat2ku terus kuat bermujahadah....Salam perjuangan...Selamat Berpuasa...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.~

~Rasyafiqa~29 Julai 2011~27 Syaaban 1432~



2 comments:

Qila Lula said...

suke2! (:

نور said...

=)

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.~